iklan 1

Selamat berkunjung ke laman blog Cikgu Azmi Jaaffar, Semoga apa yang di paparkan di sini akan memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar untuk mempelajari SAINS........Hari-hari belajar SAINS, bila-bila masa & di mana-mana shj...... :) .

Selasa, 22 November 2011

3 Contoh Soalan No 10 (Soalan eksperimen) dan cadangan jawapan

Set 1

Kaji pernyataan berikut.


Jisim suatu objek yang bergerak akan memberi kesan terhadap masa untuk menghentikannya

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.

(b) Dengan menggunakan 2 tin yang sama saiz, tali yang sama panjang, pasir dan alat radas lain, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 10 (a) berdasarkan criteria berikut.

(i) Aim of the experiment / Tujuan eksperimen [1 mark]

(ii) Identification of variables./ Pengenalpastian pemboleh ubah [2 marks]

(iii) List of apparatus and materials / Senarai radas dan bahan [1 mark]

(iv) Procedure or method / Prosedur atau kaedah [4 marks]

(v) Tabulation of data / Penjadualan data [1 mark]


Contoh Jawapan

a)  Hipotesis
Semakin besar jisim objek, semakin lama masa yang diambil untuk berhenti berayun/bergerak

b)i. Tujuan eksperimen
Untuk mengkaji hubungan antara jisim objek dan masa untuk objek berhenti berayun/bergerak

ii.     Pembolehubah

Dimalarkan : saiz tin / panjang tali

Dimanipulasi : Jisim tin / Tin berisi pasir dan tin kosong

Bergerakbalas : Masa yang diambil untuk tin berhenti bergerak/berayun

iii. Alat radas dan bahan
 2 tin, tali, kaki retort, pasir, jam randik

iv. Kaedah

(g/rajah)- akan dimuat naik dlm masa terdekat

1. Sediakan alatradas seperti gambarajah di atas
2. Tin A diisi dengan pasir manakala tin B dibiarkan kosong
3. Kedua-dua tin digantung dengan menggunakan tali pada ketinggian yang sama.
4. Tolak ke dua-dua tin dengan daya yang sama.
5. Catatkan masa yang diambil untuk ke dua-dua tin berhenti berayun dengan menggunakan jam randik
6. Rekodkan masa yang diambil dalam jadual data.

v. Penjadualan data 



Jisim Objek
  Masa yang diambil untuk Tin berhenti berayun/bergerak  

Besar / Tin berisi pasir 

Kecil / Tin Kosong


Set 2

Kaji pernyataan berikut.

Luas permukaan bersentuhan mempengaruhi tekanan yang dihasilkan oleh suatu objek


(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.

(b) Dengan menggunakan plastesin, paku hujung tajam dan paku hujung tumpul, pemberat 200 g dan alat radas lain, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 10 (a) berdasarkan criteria berikut.
(i) Aim of the experiment / Tujuan eksperimen [1 mark]

(ii) Identification of variables./ Pengenalpastian pemboleh ubah [2 marks]

(iii) List of apparatus and materials / Senarai radas dan bahan [1 mark]

(iv) Procedure or method / Prosedur atau kaedah [4 marks]

(v) Tabulation of data / Penjadualan data [1 mark]


Contoh Jawapan

a) Hipotesis
Semakin ........................................................., semakin  .......................................................

b) i. Tujuan eksperimen
Untuk mengkaji hubungan antara ................................... dan ......................................

ii.    Pembolehubah
Dimalarkan :
Dimanipulasi :
Bergerakbalas :

iii. Alat radas dan bahan
Paku hujung tajam, paku hujung tumpul, pemberat 200 gm, plastesin, ...........................

iv. Kaedah

(g/rajah)- akan dimuat naik dlm masa terdekat

1. Sediakan alat radas seperti gambarajah di atas
2. (Pembolehubah dimanipulasi)
3. (Pembolehubah dimalarkan)
4. (Pembolehubah bergerakbalas)
5. Rekodkan dalam jadual data.

v. Penjadualan Data



Luas permukaan
Tekanan/kedalaman lekukan

Kecil / paku hujang tajam

Besar / paku hujung tumpul



Set 3

Kaji pernyataan berikut.

Antibiotik dapat menghalang pertumbuhan dan pembiakan bakteria

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat pernyataan di atas.

(b) Dengan menggunakan plastesin, paku hujung tajam dan paku hujung tumpul, pemberat 200 g dan alat radas lain, huraikan satu eksperimen untuk menguji hipotesis anda di 10 (a) berdasarkan criteria berikut.

(i) Aim of the experiment / Tujuan eksperimen [1 mark]

(ii) Identification of variables./ Pengenalpastian pemboleh ubah [2 marks]

(iii) List of apparatus and materials / Senarai radas dan bahan [1 mark]

(iv) Procedure or method / Prosedur atau kaedah [4 marks]

(v) Tabulation of data / Penjadualan data [1 mark]


Contoh Jawapan

a) Hipotesis
Jika ......................................................................, maka ......................................................................
b) i. Tujuan eksperimen Untuk mengkaji hubungan antara ................................... dan .....................................

ii. Pembolehubah
Dimalarkan :
Dimanipulasi :
Bergerakbalas :

iii. Alat radas dan bahan

Piring petri, nutrien agar, kultur bakteria, ceper penisilin, ceper air suling, ...........................

iv. Kaedah

(g/rajah)- akan dimuat naik dlm masa terdekat

1. Sediakan alat radas seperti gambarajah di atas
2. (Pembolehubah dimanipulasi)
3. (Pembolehubah dimalarkan)
4. (Pembolehubah bergerakbalas)
5. Rekodkan dalam jadual data.


v. Penjadualan Data



Kehadiran antibiotik 
Luas kaw jernih

Ada / ceper penisilin

Tiada / ceper air suling