iklan 1

Selamat berkunjung ke laman blog Cikgu Azmi Jaaffar, Semoga apa yang di paparkan di sini akan memberi manfaat kepada guru-guru dan pelajar untuk mempelajari SAINS........Hari-hari belajar SAINS, bila-bila masa & di mana-mana shj...... :) .

Selasa, 18 September 2012

Tips Menjawab Sains PMR (Kertas 2)


SAINS PMR (Kertas 2)
Pelajar wajib baca!!!
Praktikkan dalam menjawab kertas 2...insyallah anda akan berjaya...

  1. Pastikan tulisan anda jelas dan mudah untuk dibaca.
  2. Elakkan menggunakan singkatan perkataan.
  3. Jika pilihan jawapan disediakan, pastikan ejaan tepat sepertimana yang diberikan itu.
  4. Boleh menggunakan istilah bahasa Inggeris meski pun menjawab dalam bahasa Melayu.
  5. Teliti setiap soalan. Baca setiap soalan sebanyak dua kali.
    Kali pertama untuk mendapatkan idea/gambaran secara umum terhadap apa yang ditanya.
    Kali ke dua baca dan garis/tanda apa yang sebenarnya dikehendaki oleh soalan tersebut
    .
  6. Bagi soalan yang diperuntukkan dua markah, biasanya jawapan yang diberikan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya dua fakta yang benar atau kenyataan yang diberikan itu mestilah yang lengkap.
  7. Jawapan yang melibatkan eksperimen, mestilah berdasarkan eksperimen itu sendiri.
  8. Pastikan anda dapat membaca nilai pengukuran dengan tepat.
  9. Bagi tujuan penglabelan gambarajah
    - gunakan garis lurus dan mestilah berada tepat pada bahagian yang hendak dilabel itu
  10. Bagi jawapan yang berbentuk graf, pastikan betul-betul jenis graf yang dikehendaki. Samaada
    graf /carta bar atau graf biasa (garisan)
  11. Pastikan anda menggunakan perkataan, istilah atau ayat yang tepat bagi menerangkan sesuatu perkara terutama yang melibatkan istilah-istilah khas sains
  12. Bagi soalan yang melibatkan pengiraan, markah diberikan berdasarkan :
    Tulis rumus - 1 markah. Pindah nilai - 1 markah & Jawapan (dgn unit yg betul) - 1 markah 
  13. Bagi soalan yang berkaitan dengan pengelasan :
    - melibatkan kemahiran proses sains MEMERHATI (observasion)
    - pernyataan sifat negatif TIDAK diterima apabila mencirikan benda hidup
    - pengelasan mestilah melibatkan kesemua spesis / objek yang tersenarai
  14. Pastikan anda benar-benar memahami konsep-konsep berikut :
    INFEREN
    Kesimpulan awal untuk menerangkan KESAN dan AKIBAT mengenai sesuatu perkara berdasarkan
    pengalaman lepas Cth: Lilin dalam balang P menyala paling lama KERANA mendapat bekalan
    udara paling banyak 

    HIPOTESIS
    Kenyataan (keterangan) yang yang difikirkan benar untuk menerangkan sesuatu perkara.
    Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara dua variable (atau lebih).
    Biasanya hubungan di antara manupulated dan responding variable.
    Bina hipotesis menggunakan salah satu daripada perkataan berikut :Semakin/Jika/Apabila

    HUBUNGAN (sama seperti hipotesis)

    DEFINASI SECARA OPERASI
    Proses memberi definasi tentang sesuatu konsep/keadaan dgn. Menyatakan perkara yang
    perlu dilakukan dan diperhatikan

    VARIABLE (pemboleh ubah)
    Manipulated variable : Sesuatu yang kita ubahsuai dalam (dalam sesuatu eksperimen)
    Responding variable : Sesuatu yang kita jangkakan akan berubah hasil daripada perubahan
    manipulated variable tadi
    Fixed variable : Faktor yang ditetapkan bagi mengelaknya daripada mempengaruhi 
    (malar) keputusan eksperimen

source:http://www.tengkuazmi.smkkandis.ne

Rabu, 12 September 2012

Pautan Soalan Percubaan Sains SPM 2012

Sabor noh belum siap lg, nanti dah siap link saya update kan kat sini.....

Negeri JohorKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri PahangKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri TerengganuKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri KelantanKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri PerlisKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri KedahKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri PerakKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri Pulau PinangKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri SelangorKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
wilayah PersekutuanKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri SembilanKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri MelakaKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri SabahKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Negeri SarawakKertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
.Kertas 1Kertas 2Skema Kertas 1Skema Kertas 2
Link Soalan akan di kemaskini bila ada soalan yang dimuatnaik kan...harap bersabor ya....